Taco Sah Sertai Team Liquid – Pengurus Nafi Steel Dibuang Pasukan

SK Gaming hari ini mengesahkan perpindahan Epitácio “TACO” de Melo ke pasukan Liquid bagi mengantikan Lucas “steel” Lopes. Beliau sebelum ini mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada pasukan SK Gaming kerana tidak lagi gembira untuk bermain dan tekanan yang dihadapi beliau terlalu berat memaksa beliau mengambil keputusan tersebut.

Bagi steel pula, pengurus pasukan Liquid, Steve Perino menafikan bahawa mereka memilih Taco untuk mengantikan steel. Steve berkata bahawa steel yang meminta untuk diturunkan ke bangku simpanan dan kesediaan Taco adalah suatu kebetulan sahaja. Steel sendiri dikhabarkan telah mempunyai pasukan baharu, namun masih belum bersedia untuk diumumkan.

Baca Juga :   ESL India Mengesahkan Forsaken Menipu Di Acara Mereka

Leave a Comment