Mineski Bawa Pulang Gelaran Juara Major Pertama Untuk Pasukan Dari Asia Tenggara – Juarai DAC 2018

Untuk pertama kalinya, gelaran juara kejohanan bertaraf major menjadi milik pasukan dari Asia Tenggara. Mineski memusnahkan harapan tuan rumah untuk menjulang piala kejuaraan Dota 2 Asia Championships 2018 dengan menewaskan pasukan LGD Gaming pada perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Pada perlawanan akhir yang diadakan didalam format terbaik dari 5 perlawanan itu, ia berlangsung dengan sengit sehingga memaksa kelima lima perlawanan dimainkan. Namun Mineski cekal tidak mengalah bagi memastikan Asia Tenggara memperoleh gelaran juara major pertama mereka.

Perlawanan akhir tersebut berakhir 3-2 dengan pasukan Mineski menjulang piala kejohanan dihadapan penonton tuan rumah. Sebagai juara kejohanan pasukan Mineski kini meingkat ke tangga keempat papan pendahulu Dota 2 Pro Circuit selepas memperoleh 750 mata DPC. Pasukan yang berpengkalan di Malaysia itu turut sama membawa pulang hadiah wang sebesar USD370,000 (~RM1,431,900), piala kejohanan dan cop khas dengan nama setiap seorang ahli pasukan mereka.

Baca Juga :   Virtus Pro Sah Tempat Di Kejohanan The International 2018 - Juarai Kejohanan The Bucharest Major

Bagi pasukan LGD Gaming yang turut sama dibarisi oleh seorang pemain dari Malaysia iaitu Yap “xNova” Jian Wei, mereka menerima hadiha wang sebesar USD135,000 (~RM522,450) dan 450 mata DPC. Tempat ketiga dan keempat kejohanan pula menjadi milik pasukan Virtus Pro dan TNC. Virtus Pro pulang dengan hadiah sebesar USD105,000 dan 225 mata DPC manakala pasukan TNC sekadar meraih USD85,000 dan 75 mata DPC. Akhir sekali, tahniah kepada pasukan Mineski dan juga Xnova daripada pasukan LGD Gaming membawa nama negara mencapai kejayaaan di peringkat antarabangsa.

Mineski Pro Team :

  • Chai “Mushi” Yee Fung
  • Kam “Moon” Boon Seng
  • Daryl “Iceiceice” Koh Pei Xiang
  • Anucha “Jabz” Jirawong
  • Michael “ninjaboogie” Ross Jr.
  • Tang “71” Wenyi (Jurulatih)

Leave a Comment

%d bloggers like this: