Evos Esports Tumbangkan GIGABYTE Marines – Akan Wakili Vietnam Di MSI 2018

Selepas menguasai Garena Premier League buat dua split berturut turut pada musim lalu, pasukan GIGABYTE Marines kini tumbang apabila gagal melayakkan diri ke kejohanan Mid-Season Invitational 2018.

Takhta split musim bunga pertama selepas berpisahnya Vietnam Championship Series daripada Garena Premier League menjadi milik pasukan Evos Esports. Pasukan itu menewaskan Marines pada perlawanan akhir liga tersebut dengan keputusan akhir 3-2.

Walaupun Evos Esports merupakan sebuah organisasi e-sukan dari Indonesia, pasukan League of Legends mereka berpengkalan di Vietnam dan pasukan itu dibarisi oleh para pemain dari negara tersebut. Evos Esports sendiri boleh dikatakan baharu didalam arena e-sukan Leage of Legends selepas mengambil alih pasukan Fortius pada bulan Mei tahun lalu.

Baca Juga :   Riot Mendedahkan Format Kejohanan Mid-Season Invitational 2018

Evos Esports kini menjadi pasukan keempat mengesahkan tempat di kejohanan Mid-Season Invitational selepas pasukan Ascension Gaming, Dire Wolves dan Gambit Esports. Mereka akan mewakili Vietnam sebagai rantau baharu bagi musim kali ini.

Leave a Comment

%d bloggers like this: