Pemain Liga Overwatch, Eqo Didenda Kerana Perbuatan Bersifat Perkauman

Seorang lagi pemain Liga Overwatch menerima hukuman kali ini akibat daripada berkelakuan teruk dengan mempamerkan perbuatan bersifat perkauman ketika melakukan strim di laman Twitch. Josue “Eqo” Corona, pemain bagi pasukan Philadelphia Fusion, didapati telah mengecilkan matanya, meniru rupa bentuk normal warga Asia semasa bersiaran langsung.

Beliau didenda sebanyak USD1,000 oleh Liga Overwatch dan pasukan Philadelphia Fusion pula mengenakan denda sebanyak USD2,000, tiga perlawanan liga dan mengantung beliau daripada melakukan strim sehingga 17 Jun. 

Baca Juga :   Sado Mengeluarkan Kenyataan Permohonan Maaf Secara Rasmi Kepada Peminat dan Komuniti Overtwatch

Eqo juga telah menderma sebanyak USD3,000 kepada kempen No Place for Hate oleh organisasi Anti-Defamation League. Pihak Philadelphia Fusion juga turut sama menderma kepada kempen tersebut dengan jumlah yang sama termasuk dengan nilai denda menjadikan jumlah derma penuh sebanyak USD10,000.

Eqo menerusi akaun Twitter beliau turut menyatakan permohonan maaf beliau secara rasmi terhadap kelakuan beliau itu.

Leave a Comment

%d bloggers like this: