Dota 2 – Pengantungan Besar Besaran Kini Dijalankan

Pembangun Dota 2 hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pembersihan besar besar bermula hari ini bagi mengantung para pemain yang menggunakan aplikasi penipuan atau skrip semasa bermain.

Bagi beberapa minggu mendatang ini, gelombang pengantungan kekal akan mulai dilaksanakan. Hal ini tidaklah mengejutkan terutamanya selepas pendedahan Gosu.ai yang memaparkan bahawa didalam 12% perlawanan Dota 2, akan ada sekurang kurangnya seorang pemain yang mengunakan aplikasi penipuan.

Gosu.ai, penganalisis perlawanan dan statistik Dota 2 baru baru ini mendedahkan bahawa mereka telah mencipta pengesan aplikasi penipuan tersendiri bagi permainan itu. Menenrusi data yang dikeluarkan oleh mereka, 12.24% daripada kesemua perlawanan mengandungi pemain yang menngunakan pengodam kamera bagi membolehkan mereka melihat peta Dota 2 dengan lebih jauh.

Baca Juga :   Team Secret - Pasukan Terakhir Dijemput Ke Dota Summit 7

Gosu.ai juga menawarkan akses kepada api mereka kepada komuniti, penganjur kejohanan mahupun pembangun pihak ketiga bagi membolehkan mereka memeriksa perlawanan perlawanan mereka.

Today we issued a wave of permanent matchmaking bans to players who were found to be abusing cheats (e.g. auto-hex scripting). There will be subsequent ban waves in the coming weeks. We do not support or condone the use of any third-party modifications during matchmade games.

— DOTA 2 (@DOTA2) April 4, 2018

Leave a Comment

%d bloggers like this: