Feast of Abscession – Arcana Bagi Pudge Tiba Pada Kemaskini Terbaru Dota 2

Pemenang bagi undian arcana kejohanan The International 2017, Pudge kini telah memperoleh arcana tersebut yang digelar sebagai Feast of Abscession pada kemaskini Dota 2 terbaru. Pada kejohanan TI7 Ogos tahun lalu, Pudge diumumkan sebagai pemenang undian tersebut menewaskan Rubick.

Arcana ini hadir dengan dua stail dimana stail keduanya boleh dimiliki selepas pemilik arcana tersebut menewaskan pasukan lawan yang mempunyai Rubick sebanyak 12 kali. Stail kedua ini juga menggunakan warna tema Rubick iaitu hijau mengantikan warna stail asal iaitu merah. Ia juga diberi nama “Grand Abscession” bersempena dengan nama gelaran Rubick iaitu Grand Magus.

Baca Juga :   Ninjas In Pyjamas Gugur Skuad Dota 2 Mereka

Pelbagai perkara tambahan turut disertakan bersama arcana ini seperti respon suara khas, taunt baharu, potrait dan ikon khas bagi setiap abiliti Pudge, tekstur model baharu dan efek khas bagi kiraan ‘hook’ yang berjaya dilakukan.

Arcana ini boleh dibeli di kedai atas talian Dota 2 menerusi web mahuupun klien Dota 2 dengan harga RM147. Jika belian dilakukan sebelum tarikh 4 Mei ini, pembeli juga akan menerima item ini dengan kualiti Exalted.

Leave a Comment

%d bloggers like this: