Gambit Juara LoL Continental League Bagi Dua Split Berturut-Turut – Bakal Ke MSI 2018

Pasukan ketiga melayakkan diri ke kejohanan Mid-Season Invitational 2018 menjadi milik pasukan Gambit Esports yang menjuarai pusingan playoff musim bunga bagi LoL Continental League.

Pasukan itu menyapu bersih ketiga tiga perlawanan yang dimainkan pada perlawanan akhir tersebut menewaskan pasukan RoX. Selain daripada  mewakili rantau CIS (Komanwel Negara-negara Merdeka) di kejohanan Mid-Season Invitational 2018 pada bulan Mei kelak, Gambit juga menerima hadiah sebesar RUB2,130,000 sebagai juara liga.

Baca Juga :   Stunt Meninggalkan Phoenix1

Ini juga merupakan kejuaraan split liga kedua berturut-turut selepas mereka juga menjuarai LCL Summer Playoff 2017 pada bulan September tahun lalu yang meyaksikan mereka melayakkan diri ke kejohanan Worlds 2017. Namun begitu, mereka gagal untuk ke pentas utama kejohanan selepas terkandas di pusingan play-in.

Leave a Comment

%d bloggers like this: