The Face Gaming Turut Sama Dijemput Bertanding Di Kejohanan PUBG ZIMO Australia Invitational 2018

Sebuah lagi pasukan PUBG tempatan, The Face Gaming turut diumumkan bakal menyertai  kejohanan PUBG ZIMO Australia Invitational 2018 yang bakal berlangsung 25 April Kelak.

Pasukan tersebut telah dijemput menyertai kejohanan yang menawarkan hadiah sebesar  AUD150,000 (~RM444,000) itu bersama sama dengan sebuah lagi pasukan dari Malaysia iaitu Orange Esports yang turut sama dijemput.

Baca Juga :   G2 Esports Menyertai Kehangatan PUBG - Tubuh Pasukan Tersendiri

Kejohanan tersebut akan berlangsung di Melbourne Exhibition and Convention Centre mempertandingkan 20 pasukan terbaik dari serata Asia, Oceania dan China. Berikut merupakan barisan pemain pasukan PUBG The Face Gaming:

  • Farhan “10ktapping” Johari
  • Afiq ‘chiifenrir’ Afzainizam
  • Nur Hilman “K2White” Ehsan
  • Azali “rascal” Ismail

Leave a Comment

%d bloggers like this: