Orange Esports Terima Jemputan Untuk Bertanding Di Kejohanan PUBG ZIMO Australia Invitational 2018

Orange Esports, salah sebuah organisasi e-sukan terkemuka di Malaysia kini telah mengumumkan bahawa mereka telah menerima jemputan untuk bertanding di kejohanan PUBG ZIMO Australia Invitational 2018.

Kejohanan itu bakal berlangsung pada 25 April kelak bertempat di Melbourne Exhibition and Convention Centre. Ia akan mempertandingkan 20 pasukan terbaik dari serata China, Australia, New Zealand dan Asia Tenggara untuk merebut hadiah sebesar AUD150,000 (~RM444,000).

Baca Juga :   Ujian Untuk PUBG Versi 1.0 Akan Diadakan Pada Minggu Hadapan - Hadir Dengan Mekanik Untuk Memanjat Baharu

Skuad PUBG Orange Esports akan mewakili negara Malaysia di kejohanan tersebut. Berikut merupakan barisan pemain bagi pasukan Orange Esports PUBG:

  • Muhammad “JangsxMan” Farhan
  • Raziq “ModyxMan” Azraei
  • Muhammad Hazwan “S4vior” Halim 
  • Muhammad izzuan “KnyGod” safwan

Leave a Comment