ESL One Belo Horizonte 2018 Diumumkan – ESL One Pertama Di Brazil

ESL nampaknya bakal meneroka rantau Amerika Selatan apabila mereka kini mengumuman penganjuran kejohanan CS:GO ESL One Belo Horizonte 2018. Brazil yang sudah terkenal dengan pasukan CS:GO dan para peminat mereka yang amat bersemangat bakal menjadi tuan rumah kejohanan pertama ESL One di negara tersebut.

Berlangsung pada 15 sehingga 17 Jun kelak, ia akan melibatkan 8 pasukan terbaik dari seluruh dunia untuk merebut hadiah sebesar USD200,000 (~RM773,000). Empat pasukan akan menerima jemputan terus ke kejohanan itu manakala baki empat pasukan lagi akan menyertainya menerusi pusingan kelayakan.

Baca Juga :   Facebook Tandatangani Hak Penyiaran Eksklusif Bagi ESL One Dan CS:GO Pro League

Bagi pusingan kumpulan, kejohanan ini akan membahagikan pasukan kepada dua kumpulan dengan format terbaik dari tiga perlawanan dan penyingkiran dua kali. Bagi pusingan playoff pula, ia akan menggunakan format kalah mati dengan perlawanan diadakan didalam mod terbaik dari tiga perlawanan untuk separuh akhir dan terbaik dari 5 perlawanan untuk perlawanan akhir.


Leave a Comment

%d bloggers like this: