Dota 7.12 – Pangolier Kini Boleh Digunakan Pada Captain’s Mode

Hari Khamis terakhir bulan ini menandakan tibanya kemaskini terbaru Dota 2 semenjak sistem kemaskini 2 minggu sekali diperkenalkan tidak lama dahulu. Bagi kemaskini terbaru 7.12 ini, perubahan terbesar yang ditambah adalah Pangolier, salah sebuah hero terbaru Dota 2 kini boleh dimainkan pada Captain’s Mode.

Para peminat kini boleh melihat kelibat Pangolier untuk dimainkan pada pentas kompetitif Dota 2. Selain daripada itu, antara perubahan menarik lainnya adalah abiliti Tether IO kini tidak lagi mempunyai durasi masa aktif. IO kini bebas untuk berhubung dengan rakan sepasukan dengan lebih lama lagi dari kebiasaannya.

Baca Juga :   Feast of Abscession - Arcana Bagi Pudge Tiba Pada Kemaskini Terbaru Dota 2

Phoenix, hero yang baru baru ini mengejutkan para peminat Dota 2 apabila pasukan Secret mengunakannya di luar meta sebagai hero di posisi mid namun berjaya memenangi perlawanan tersebut kini menerima sedikit penambahbaikan oleh Icefrog.

Radius Supernova Phoenix kini meningkat daripada 1000 kepada 1300. Semasa abiliti tersebut diaktif pada malam hari, ia kini akan menyebabkan arena Dota 2 bertukar menjadi siang. Bagi anda yang mahu membaca kesemua perubahan yang tiba bersama sama dengan kemaskini ini, nota lengkap kemaskini ini boleh dicapai pada pautan ini.

Leave a Comment