AirAsia Ambil Alih Pasukan Mobile Legends Team Saiyan – Dijenamakan Semula Sebagai AirAsia Saiyan

Syarikat penerbangan AirAsia sekali lagi dilihat aktif didalam arena e-sukan tempatan apabila kali ini CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Dr. Tony Fernandes telah mengambil alih Team Saiyan yang merupakan sebuah pasukan profesional bagi permainan Mobile Legends Bang Bang dengan menjadi pemilik terbesar di dalam pasukan itu.

Pasukan tersebut juga kini akan dinamakan semula kepada AirAsia Saiyan selepas ini. Team Saiyan bukanlah sebuah pasukan yang boleh dipandang rendah, mereka sebelum ini telah menjuarai MSC Malaysia. Pasukan tersebut juga aktif menyertai pelbagai lagi kejohanan kejohanan Mobile Legends di Malaysia dan Asia Tenggara.

Baca Juga :   OnFlame Umum After Five Gaming League (A5GL) - Kejohanan E-sukan Memfokuskan Golongan Pekerja

Bagi AirAsia pula, mereka dilihat terus melangkah dengan teguh didalam arena e-sukan tempatan. Mereka sebelum ini telah menaja pasukan Dota 2 Mineski dan baru baru ini dilihat telah menaja pusingan playoff Liga League of Legends Championship Malaysia.

Leave a Comment

%d bloggers like this: