Domino’s Pizza Dilihat Telah Menggunakan Meme pEEza Party Didalam Pengiklanan Mereka

Domino’s Pizza kembali dengan iklan terbaru yang memperlihatkan mereka menggunakan isu ‘pEEza Party‘ sebagai motif utama iklan tersebut. Bagi anda yang tidak kenal dengan meme ‘pEEza Party‘ ini, ia merupakan topik utama yang dibicarakan semasa bekas pemain Dota 2 untuk pasukan Fnatic, Ohaiyo digantikan oleh Universe.

Pada ketika itu, Ohaiyo mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah dibuang dari pasukan ketika makan malam yang mengandungi pizza sejurus selepas pasukan itu melayakkan diri ke kejohanan The Bucharest Major.

Kapten pasukan Fnatic, EternalEnvy atau lebih dikenali sebagai EE kemudiannya menerima kecaman teruk daripada para peminat Ohaiyo kerana keputusan pasukan itu melepaskan Ohaiyo secara tiba tiba. Isu berkenaan kemudiannya menjadi bualan para peminat Dota 2 dan kesemua khabar angin pertukaran pemain kemudiannya digelar sebagai ‘pEEza Party‘.

Baca Juga :   Valve : Status Major Kejohanan Galaxy Battles Di Filipina Dilucutkan

Ahli pasukan pemasaran Domino’s Pizza dilihat amat aktif menggunakan isu isu semasa negara ini didalam pengiklanan mereka. Ini bukanlah kali pertama mereka mengeluarkan iklan berunsur meme. Pendekatan ini dilihat diterima baik terutamanya oleh golongan remaja di negara ini. Syabas diucapkan kepada mereka!

Leave a Comment

%d bloggers like this: