Cr1t- – Pemain Profesional Pertama Terima Pengantungan 6 Bulan

Andreas Franck “Cr1t-” Nielsen, pemain support bagi pasukan Evil Geniuses dilihat telah menjadi pemain profesional pertama menerima pengantungan 6 bulan semenjak ia diperkenalkan oleh Valve awal Februari lalu.

Menerusi laman Twitter rasmi beliau, Cr1t- mempersoalkan kenapa beliau menerima pengantungan tersebut walaupun tidak berkelakuan teruk semasa bermain. Beliau turut sama memuatnaik ringkasan kelakuan (Conduct Summary) beliau yang memperlihatkan bahawa kelakuan beliau semasa bermain adalah normal.

Isu ini juga mungkin hanya kesilapan berpunca daripada kemaskini pengkalan data yang dilakukan oleh Valve awal hari ini. Hanya pihak Valve mampu memberikan jawapan kepada pengantungan ini tidak lama lagi.

Baca Juga :   Kesemua Pemain Mineski Peroleh Visa Untuk Terbang Bermain Di The International 2018

Menerusi gambar yang dipaparkan, pengantungan ini hanya akan selesai pada 3 September kelak. Sama sama kita nantikan perkembangan ini sama ada ianya hanya kesilapan mahupun hukuman sebenar.

Kemaskini : Pengantungan tersebut disahkan adalah kesilapan dan kini telah dibatalkan.

??? I didnt even do anything pic.twitter.com/Jp8yKuJ22H

— Cr1t- (@Cr1tdota) March 28, 2018

Leave a Comment

%d bloggers like this: