VGJ.Storm dan Complexity Lakukan Protes Bersama Bantah Tindakan Penganjur GESC Dan MDL

GESC sekali lagi dilanda kontroversi apabila kali ini, pasukan VGJ.Storm dan Complexity memprotes tindakan admin kejohanan tersebut yang dilihat mempamerkan layanan berbeza kepada pasukan tertentu.

Namun begitu, berbeza dengan kecaman terhadap GESC yang dilakukan pasukan TNC dan Mineski sebelum ini, kes kali ini juga melibatkan penganjur kepada kejohanan MDL. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan VGJ.Storm, mereka dan Complexity telah mengadakan protes bersama selama 15 minit bagi menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap kedua dua penganjur yang dilihat mementingkan sesebuah pasukan.

Keputusan penganjur ini telah mengakibatkan jadual perlawanan mereka kini menjadi lebih padat dan menyebabkan keadaan yang merugikan pihak mereka. Walaupun tidak mengeluarkan sebarang nama terhadap pasukan yang terlibat, berdasarkan situasi, hal ini dilihat adalah berpunca daripada tindakan pasukan Evil Geniuses menyertai pusingan kelayakan Madness Epicenter XL dan pasukan OpTic Gaming untuk kejohanan GESC.

Baca Juga :   Virtus.Pro, Secret Dan Liquid Tarik Diri Dari Galaxy Battles 2 Selepas Valve Gugur Status Major Kejohanan Tersebut

Isu  jadual kelayakan yang tertindih ini bukanlah sesuatu yang baru semenjak Dota 2 Pro Circuit diperkenalkan. Dengan jadual yang adat sepanjang musim, pelbagai kejohanan telah terlibat dengan pertindihan ini dan terpaksa berbincang dengan pasukan yang terlibat bagi berkompromi dan menyelesaikannya.

Walaupun begitu, kadang kala terdapat pasukan yang terpaksa mengalah dan bertanding dengan jadual yang terlalu padat dan tidak memihak kepada mereka. Pasukan pasukan juga sering kali perlu mengundur diri dari penyertaan kerana tidak mempunyai masa untuk bertanding.

Valve sebagai pihak utama dan kuasa mutlak Dota 2 dilihat perlu memperbaiki isu ini pada penganjuran Dota 2 Pro Circuit musim seterusnya. Penganjur pihak ketiga juga turut perlu berkomunikasi dengan lebih awal dan cepat bagi membolehkan semua pihak berpuashati dengan jadual jadual kejohanan

Leave a Comment

%d bloggers like this: