Richard Lewis Kongsikan Salinan Lengkap Buku Peraturan Liga Overwatch

Personaliti e-sukan terkemuka, Richard “RLewis” Lewis melalui  laman web rasmi beliau telah berkongsikan salinan penuh buku peraturan Liga Overwatch. Buku peraturan ini mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan peminat liga berkenaan akibat daripada beberapa hukuman yang dijatuhkan sebelum ini yang dianggap sebagai remeh. 

Melalui buku peraturan ini, Liga Overwatch boleh dikatakan lebih mengikuti sukan tradisional dengan peraturan yang dikuatkuasakan adalah lebih ketat berbanding dengan arena kompetitif e-sukan lainnya.

Antaranya pemain dilarang menyertai sebarang aktiviti yang mungkin menyebabkan skandal, kritikan, pertelingkahan umum, mengejutkan atau menghina sesuatu pihak dan sebarang perkara yang akan menjatuhkan imej kesemua pihak yang terliat didalam liga ini seperti pasukan, Blizzard dan pihak penaja.

Pemain juga perlu memakai kasut penuh tertutup semasa bertanding. Ini adalah berbeza, sebagai contoh, dengan permainan Dota 2 dimana ia adalah lebih santai dan pemain dibenarkan memakai selipar dan malah ada yang memakai seluar yang agak pendek semasa bertanding. 

Baca Juga :   Jumlah Pemain Overwatch Kini Melebihi 35 Juta Orang

Selain daripada itu, pemain juga dilarang mempromosikan sebarang permainan bukan keluaran Activision Blizzard dengan bermain atau membeli sama ada secara terus mahupun tidak.

Melalui peraturan peraturan ini, Blizzard didapati cekal dengan matlamat mereka menjadikan Liga Overwatch sebagai sebuah liga dengan tahap profesionalisme yang tinggi. Bagi anda yang berminat untuk memuat turun salinan buku peraturan ini, sila layari laman web rasmi Richard Lewis di pautan dibawah ini.

Sumber : Richard Lewis

Leave a Comment

%d bloggers like this: