Peta 4×4 Baharu PUBG Diperacahkan – Akan Mulai Diuji Umum April Ini

Bersempena dengan ulangtahun pertama permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds, Brendan “PLAYERUNKNOWN” Greene (Pengarah Kreatif, PUBG) dan CH Kim (CEO & Penerbit Eksekutif, PUBG) telah hadir dengan sebuah video menceritakan serba sedikit tentang perjalanan mereka membangunkan permainan itu.

Di dalam video yang sama juga, peta baharu 4x4km turut sama diperacahkan. Peta bahar yang lebih kecil ini dilihat bertemakan iklim tropika dengan lebih banyak banggunan berasaskan kayu.

Baca Juga :   Alliance Masuki Dunia PUBG - Tubuh Pasukan Mereka Sendiri

Peta ini dirancang untuk mulai diuji pada bulan April ini. Keputusan untuk mengujinya secara terbuka dengan lebih awal adalah bagi membolehkan para pemain memberikan maklumbalas agar sebarang perbahan dan penambahbaikan dapat dilakukan dengan lebih cepat.

Leave a Comment

%d bloggers like this: