Taco Mengundur Diri Dari Pasukan SK Gaming

Selepas dua tahun bersama dengan pasukan SK Gaming, Epitácio “TACO” de Melo mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan pasukan itu berkuatkasa serta merta.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau, keputusan beliau mengundur diri adalah disebabkan kerana beliau tidak lagi gembira untuk bermain dan tekanan yang dihadapi beliau pada ketika ini terlalu berat memaksa beliau mengambil keputusan ini.

Baca Juga :   SK Gaming Juarai Kejohanan ESL Pro League Musim Ke-6

Bersama sama dengan SK Gaming, beliau berjaya menjulang 13 trofi antaranya adalah Epicenter 2017, ESL One : Colonge 2016 dan 2017. Selepas ini, beliau akan berehat untuk beberapa hari sebelum mula memikirkan tawaran tawaran lain.

Sumber : Taco (Tweetlonger) / Foto : ESL

Leave a Comment