Kejohanan Supermajor Di Shanghai Bakal Mengakhiri Dota 2 Pro Circuit Musim Ini

Dota 2 Pro Circuit (DPC) musim ini bakal berakhir dengan sebuah kejohanan bertaraf major terbesar apabila Perfect Worlds dan PGL mengumumkan bahawa mereka akan bersama sama menganjurkan kejohanan China Dota 2 Supermajor.

Kejohanan terakhir sebelum penganjuran The International 2018 ini akan diadakan pada awal bulan Jun iaitu 7 sehingga 10 Jun bertempat di Shanghai, China. Seperti mana namanya, kejohanan ini akan menawarkan jumlah mata DPC terbesar musim ini iaitu 2250 mata dan hadiah wang sebesar USD1.5 Juta.

Baca Juga :   Hari Pertama Peringkat Kumpulan ESL One Birmingham - EG, Vici Gaming Dan Newbee Tersingkir Awal

Buat masa ini, tidak banyak perincian didedahkan mengenai kejohanan ini melainkan logo kejohanan. Berdasarkan daripada logo dilihat seakan akan lukisan komik, ia mungkin menjadi tema utama kejohanan ini.

Leave a Comment

%d bloggers like this: