PGL PUBG Spring Invitational Bakal Menyediakan Strim Individu Untuk Setiap Pasukan

Kerana kepopularan permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds, arena kompetitif permainan itu turut sama membesar dengan pantas. Namun begitu, kerana ia mempunyai 100 orang pemain pada satu satu masa, banyak aksi semasa pertandingan berlangsung terlepas daripada siaran.

Oleh kerana aspek siaran langsung yang tidak mesra penonton ini ramai pihak berpendapat bahawa permainan it masih lagi tidak sesuai untuk menjadi e-sukan sebenar. Dengan masa perlawanan yang hanya dalam berlangsung sekitar 30 minit, para penonton yang mahu melihat aksi pemain kegemaran mereka pasti tidak puas kerana hanya beberapa orang pemain sahaja dapat disiarkan pada satu satu masa.

Bagi mengatasi masalah ini, penganjur e-sukan popular, PGL yang bakal menganjurkan kejohanan PGL PUBG Spring Invitational pada hujung minggu ini akan menyediakan strim individu bagi setiap pasukan. Selain daripada strim utama, penonton kini boleh memilih untuk menonton pasukan kegemaran mereka sahaja.

Baca Juga :   Kejohanan Dota 2 Minor Kedua Musim Ini Diumumkan - PGL The Bucharest Minor

PGL PUBG Spring Invitational akan bermula malam ini sehingga 25 Mac ini menawarkan hadiah keseluruhan sebesar USD100,000 bertempat di PGL Studios di Bucharest, Romania. Antara pasukan yang akan bertanding pada kejohanan ini adalah Team Secret, FaZe Clan, LGD Gaming,  MVP, Team SoloMid dan banyak lagi.

Siaran langsung kejohanan ini berserta strim individu setiap paskan akan diadakan di laman web rasmi PGL iaitu live.pglesports.com.

Sumber: Dot Esports

Leave a Comment