Garena Premier League Bakal Ditamatkan Dan Diganti Dengan Sistem Siri Kejohanan Dinamakan Sebagai SEA Tour

**Kemaskini 22 Mac: Garena telah menarik semula pengumuman ini daripada laman web rasmi mereka.**

**Kemaskini 5 April: Pengumuman kembali disiarkan semula di laman rasmi Garena.**

Selepas enam tahun berlangsung, Liga Premier Garena (Garena Premier League) bakal ditamatkan dan sistem liga yang digunakan pada ketika ini digantikan dengan sebuah sistem baharu berasaskan beberapa siri kejohanan.

Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kepentingan kesemua pihak yang terlibat dengan liga ini dan memastikan bahawa potensi arena kompetitif Asia Tenggara dapat dimaksimumkan.

Sistem berasakan liga ini akan ditamatkan secara rasmi selepas berakhirnya GPL Musim Bunga (Spring) 2018 di Bangkok pada bulan Ogos ini. Mengantikannya adalah sistem siri kejohanan yang dinamakan sebagai SEA Tour.

Berbeza dengan sistem liga yang memakan masa 3 sehingga 4 bulan, sistem baharu ini hanya akan mengambil masa kurang sebulan termasuklah pusingan kelayakan dan playoff. Perubahan ini akan membolehkan lebih banyak kejohanan dapat dianjurkan untuk peringkat tempatan mahupun rantau Asia Tenggara sekaligus memperkuatkan arena kompetitif rantau ini.

Namun begitu, walaupun akan ada pelbagai kejohanan dibawah SEA Tour, dua buah kejohanan akan menjadi kejohanan utama yang menjadi laluan ke kejohanan antarabangsa iaitu SEA Tour Spring Championship untuk Mid-Season Invitational (MSI) dan Rift Rivals (RR) dan SEA Tour Summer Championship bagi kejohanan Worlds.

Baca Juga :   Paris Saint-Germain Meninggalkan League of Legends - Berpisah Dengan Yellowstar

Kejohanan kejohanan yang memberikan laluan ke kejohanan antarabangsa akan diletakkan dibawah SEA Tour manakala kejohanan kejohanan yang tidak terlibat dengan kejohanan antarabangsa akan berada dibawah gelaran Open Tournaments.

Bagi memeriahkan lagi dunia kompetitif dibawah sistem baharu ini, pemain profesional kini dibenarkan menyertai kejohanan tempatan di bawah Open Tournaments ini namun bergantung pada peraturan SEA Tour 2018 yang akan diumumkan pada bulan April kelak.

Sistem baharu ini akan dimulakan dengan SEA Tour Summer Championship: Conquerors Manila 2018 pada bulan Ogos kelak yang akan memberikan jalan ke pusingan Play-in kejohanan Worlds 2018. 

Conquerors Manila 2018 akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pusingan kelayakan utama di peringkat tempatan setiap negara terlibat dan diikuti dengan pusingan playoff yang melibatkan 8 pasukan terbaik dari rantau ini.

Slot bagi pusingan playoff ini dibahagikan kepada 5 untuk setiap negara terlibat iaitu Thailand Pro League (TPL), Singapore Legends Series (SLS), League of Legends Championship Malaysia (LCM), Pro Gaming Series (PGS) dan League of Legends Garuda Series (LGS) . Baki 3 slot kemudiannya akan diberikan kepada tiga negara terbaik pada GPL Spring 2018.

Leave a Comment

%d bloggers like this: