Kemaskini Terbaru League of Legends Bakal Membawakan Fungsi Bualan Suara Secara Rasminya

Pada kemaskini terbaru permainan League of Legends, selain daripada perubahan kestabilan permainan secara umumnya, sebuah fungsi yang dinanti nantikan pemain kini bakal tiba secara rasminya.

Fungsi perbualan suara kini akan boleh digunakan secara rasminya di dalam klien permainan. Namun begitu, berbeza dengan fungsi bualan suaran pada permainan lain, bualan suara ini hanya terhad kepada kumpulan parti yang diwujudkan pemain.

(Parti didalam konteks ini adalah kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang yg bergabung bersama sama – sebagai contoh untuk bermain bersama sama.)

Baca Juga :   Lambang Baharu Untuk Sistem Ranking Permainan LoL Didedahkan

Berbeza dengan bualan suara untuk pasukan seperti kebiasaanya, hanya rakan rakan yang berparti sesama mereka sahaja mampu berbual bersama sama ketika bermain. Riot mengatakan keputusan ini diambil bagi mengurangkan penyalahgunaan dan sikap toksik pemain.

Seperti biasa, fungsi mengawal kekuatan suara dan kebolehan untuk membisukan bunyi akan turut sama disertakan pada bualan suara ini. Kini para pemain tidak lagi perlu bergantung pada aplikasi pihak ketiga seperti Discord.

Leave a Comment

%d bloggers like this: