KT BN Youth E-Sport Cup 2018 Tawar Hadiah Sebesar RM30,000 Bagi Permainan AOV

Arena e-sukan di negara ini dilihat semakin meriah apabila pelbagai kejohanan mulai dianjurkan dengan kerap di seluruh negara. Hal ini juga dibantu dengan perkembangan e-sukan mudah alih yang pesat terutamanya bagi Mobile Legends, Arena of Valor dan Vainglory.

Tidak mahu ketinggalan dengan trend ini adalah Persatuan Cina Malaysia (MCA) apabila mereka, bersama sama dengan Youth Malaysia Movement (YMM) dan Culture Creative Youth Consociation bakal menganjurkan kejohanan Kuala Terengganu BN Youth E-Sport Cup 2018 – Arena of Valor.

Kejohanan ini menawarkan hadiah keselrhan berjumlah RM30,000 dan ditaja oleh BN Youth, Redang Pelangi Resort, Austin Height Water & Adventure Park, Kerajaan Negeri Terengganu dan Terengganu Chinese Chamber of Commerce & Industry.

Baca Juga :   Piala Dunia Arena of Valor Tawar Hadiah Keseluruhan Melebihi RM2 Juta

Ia akan berlangsung pada 13 dan 14 April ini di LFS Cinema, UTC Mall, Kuala Terengganu dengan 8 pasukan terbaik bertanding merebut pelbagai hadiah menarik. Dua psingan kelayakan akan diadakan iaitu bagi negeri Terengganu dan pusingan kelayakan Malaysia untuk penduduk negeri negeri lainnya.

Layari : Laman Pendaftaran KT BN Youth E-Sport CUP

Leave a Comment

%d bloggers like this: