Fire Dragoon Buka Permohonan Untuk Sertai Pasukan League of Legends Mereka

Selepas menamatkan musim bunga liga LoL Championship Malaysia 2018 dengan memperoleh tempat kedua, pasukan Fire Dragoon kini mengumumkan bahawa mereka telah membuka permohonan bagi mereka yang berminat untuk menyertai pasukan League of Legends organisasi itu.

Permohonan ini meliputi kesemua posisi di dalam pasukan termasuklah sebagai jurulatih dan penguurus pasukan. Semenjak memasuki arena kompetitf pada pertengah tahun 2016 lalu, organisasi Fire Dragoon kini telah membangun dengan megahnya.

Pada ketika ini, Fire Dragoon mempunyai pasukan pasukan yang boleh dikatakan terkenal terutamanya di dalam permainan League of Legends dan Dota 2. Selain daripada itu, Fire Dragoon turut sama mempunyai divisyen CS:GO, FIFA 18 dan Arena of Valor.

Baca Juga :   SK Telecom T1 Menjuarai LCK 2017 Spring Playoffs

Jadi, jika anda yang berminat dan mempunyai skill untuk mencuba menjadi pemain profesional LEague of Legends bagi pasukan Fire Dragoon, anda boleh layari laman permohonan di pautan ini.

2 thoughts on “Fire Dragoon Buka Permohonan Untuk Sertai Pasukan League of Legends Mereka”

  1. Satu hari nanti saya harap fire dragoon buka permohonan untuk permainan lol sekarang sayah berumur 16 tahun dan baru sahaja mengenali permainan ini dan saya menyukainya saya harap lepas SPM tahun hadapan Fire Dragoon masih membuka permohonan untuk permainan ini

Leave a Comment

%d bloggers like this: