Evil Geniuses Peroleh Kejuaraan Pertama Dota 2 Pro Circuit

Pasukan Evil Geniuses akhirnya memperoleh kejuaraan pertama mereka pada musim ini di bawah Dota 2 Pro Circuit apabila menewaskan pasukan VGJ.Thunder di kejohanan GESC Indonesia.

Pada perlawanan akhir kejohanan bertaraf minor ini, Evil Geniuses dengan mudah menundukkan VGJ.Thunder dengan keputusan 2-0 dan hanya mengambil masa kurang 27 minit bagi kedua dua siri perlawanan.

Evil Geniuses membawa pulang 150 mata DPC dan USD110,000 sebagai juara manakala pasukan VGJ.Thunder pula memperoleh USD65,000 dan 90 mata DPC. Sementara itu, ditempat ketiga/keempat kejohanan pula disansang oleh pasukan Natus Vincere dan Infamous.

Baca Juga :   GAB Beri Kenyataan Tentang Keputusan Valve Gugur Status Major Kejohanan Galaxy Battles II

Kedua dua pasukan memperoleh hadiah sebesar USD35,000 dan 30 mata DPC. Kejayaan Infamous memperoleh tempat ketiga/keempat ini juga memperlihatkan baut pertama kalinya, pemain dari rantau Amerika Selatan mencatatkan nama di papan pendahulu Dota 2 Pro Circuit. Pasukan Infamous bagaimanapun tidak disertakan di papan pendahulu bagi pasukan kerana tidak mendaftar pemain mereka sebelum ini.

Foto : ESL

Leave a Comment

%d bloggers like this: