TNC dan Mineski Kecam Tindakan GESC Tangguh Pusingan Kelayakan GESC Thailand Secara Tiba Tiba

Walaupun mempamerkan penganjuran yang tidak kurang hebat pada ketika ini di Jakarta, Global Electronic Sports Championship (GESC) kini dilanda kontroversi apabila pasukan TNC Pro Team dan Mineski mengeluarkan kenyataan rasmi mempersoalkan tindakan penganjur tersebut yang menunda pusingan kelayakan GESC Thailand secara tiba tiba.

GESC Organizers decided to move the SEA Qualifiers – Not too happy about it.

Read: https://t.co/vAuNsikzIi

— TNC Pro Team (@TNCProTeam) March 18, 2018

Pusingan kelayakan yang sepatutnya berlangsung pada esok hari itu telah diumumkan akan ditunda pada tarikh yang akan diumumkan pada kemudian hari. Ini mengakibatkan Mineski dan TNC menyuarakan ketidakpuashatian mereka kerana mereka telah bersiap sedia untuk bertanding dan keputusan yang tiba tiba ini adalah amat tidak profesional bagi mereka.

GESC dikatakan mengambil keputusan menunda pusingan kelayakan ini apabila kapten pasukan Fnatic, Eternal Envy mempersoalkan tindakan penganjur tidak menjemput mereka menyertai pusingan kelayakan tersebut.

Envy menerusi laman Twitter beliau mempersoalkan pihak penganjur yang memilih untuk menjemput pasukan Admiral dan Execration dan tidak menjemput Fnatic yang mempamerkan keputusan yang lebih baik berbanding kedua pasukan tersebut.

Baca Juga :   Keputusan ESL Siar ESL One Genting Menerusi Facebook Live Secara Eksklusif Terima Kecaman Komuniti

We aren’t invited to GESC Thailand qualifier over Xctn n admiral. There’s some bullshit scheme happening here.

— EternaLEnVy (@EternaLEnVy1991) March 17, 2018

David Dillon, personaliti Dota 2 Beyond The Summit pula berkata bahawa keputusan untuk tidak menjempuut Fnatic adalah kerana penganjur merasakan bahawa pasukan itu tidak mempunyai masa untuk menyertainya kerana perlu menghadiri kejohanan Dreamleague di Sweden.

Envy bagaimanapun menolak alasan yang diberikan itu dan berkata bahawa pihak mereka sudah cuba untuk menghubungi pengjur sebelum ini bagi memincangkan masalah tarikh bertindih ini, namun tidak menerima sebarang respon.

Dengan pentingnya mata kelayakan Dota 2 Pro Circuit, ketiga tiga pasukan ini sudah pasti mahu menyertainya tanpa sebarang masalah. Jumlah pusingan kelayakan yang sudah padat juga akan merumitkan lagi situasi ini. 

Leave a Comment

%d bloggers like this: