AirAsia BIG Taja Pusingan Playoff League of Legends Championship Malaysia (LCM)

Syarikat penerbangan AirAsia dilihat semakin aktif menceburi arena e-sukan di Malaysia apabila program kesetiaan AirAsia Big dilihat telah menaja pusingan playoff, League of Legends Championship Malaysia (LCM). Namun begitu, masih tidak dapat dipastikan sama ada mereka hanya menaja pusingan playoff ini sahaja ataupun liga LCM secara keseluruhannya.

Ini bukanlah kali pertama syarikat tersebut memperlihatkan bahawa mereka serius di dalam arena e-sukan ini. Airasia sebelum ini telah menaja pasukan Dota 2 Mineski bermula pada kejohanan ESL One Genting tempoh hari. Mereka juga mempunyai kelab e-sukan tersendiri yang aktif melibatkan diri di dalam kejohanan kejohanan e-sukan amatur di Malaysia.

Bagi pusingan playoff ini, AirAsia Big telah menaja lebih 30,000 mata program kesetiaan mereka kepada pengunjung acara playoff LCM di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Pusingan playoff musim bunga ini (LCM Spring 2018) ini mempertandingkan empat pasukan yang merebut peluang untuk mewakili Malaysia di Thailand kelak untuk acara Garena Premier League.

Baca Juga :   Manila Masters - LB - Faceless vs Clutch Gamers

Tugas itu sekali lagi menjadi milik pasukan Kuala Lumpur Hunters apabila mereka berjaya menewaskan pasukan Fire Dragoon dengan keputusan 3-1. Pada acara tersebut juga, acara kosplay turut dipertandingkan memperlihatkan Fujiwara Kazuko, yang memperagakan watak Blood Moon Elise menjadi juara keseluruhan. Beliau pulang dengn hadiah sebesar RM3000 dan 500 mata AirAsia Big.

Leave a Comment

%d bloggers like this: