Team Secret Kembali Ke Arena E-sukan Mudah Alih – Umum Penubuhan Pasukan Rules of Survival

Organisasi yang terkenal dengan pasukan Dota 2 mereka, Team Secret dilihat telah kembali ke arena e-sukan mudah alih apabila mengumumkan penubuhan pasukan Rules of Survival.

Ini bukanlah kali pertama organisasi tersebut mempunyai pasukan untuk permainan mudah alih. Mereka sebelum ini mempunyai sebuah pasukan Vainglory sebelum ahlinya meninggalkan organisasi itu pada bulan Julai tahun lalu.

Rules of Survival pula merupakan sebuah permainan bergenre Battle Royale yang popular sejak kebelakangan ini. Permainan tersebut mempnyai lebih 120 juta pemain di seluruh dunia.

Baca Juga :   Forward Gaming Adalah Pasukan Jemputan Terbaru Bagi ESL One Hamburg 2018

Skuad ROS Team Secret akan dibarisi oleh Shane “TheSpring” Cenk, Ratu “Ontraxia” Ravi, Alex “Gallus” Eggert, and Peter “PeterZ20” Zaccardi. Mereka akan bertanding di bawah nama Team Secret bermula penghujung Mac ini di kejohanan ROS World Championship di China.

Leave a Comment

%d bloggers like this: