Complexity Melepaskan Kapten Mereka Kyle Daripada Pasukan

Kegagalan pasukan Complexity melepasi pusingan kumpulan kejohanan The Bucharest Major kini dilihat memberikan kesan yang besar kepada pasukan itu apabila mereka kini telah mengambil keputusan melepaskan kapten pasukan, Kyle “melonzz” Freedman daripada senarai pemain aktif.

Kepuutusan ini mengejutkan komuniti lebih lebih lagi Kyle dianggap sebagai nama yang mewakili pasukan Complexity. Semenjak bertukar daripada permainan Heroes of Newerth, Complexity merupakan satu satunya pasukan yang diwakili oleh Kyle sepanjang hampir 4 tahun beliau bermain secara profesional.

Menurut  Kyle “Beef” Bautista, VP dan pengurus pasukan, keputusan melepaskan Kyle daripada pasukan telah diambil sebulat suara oleh setiap ahli pasukan lainnya. Hal ini adalah akibat daripada perbezaan personaliti yang telalu besar untuk mereka terus bermain bersama sama.

Baca Juga :   Bersempena Dengan Hari Kekasih, Kemaskini Terbaru Dota 2 Membenarkan Anda Mencuri Hati Roshan

Penganti beliau masih belum diumumkan pada ketika ini dan Kyle sendiri masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan keputusan ini. Akibat daripada perubahan pemain selepas tamatnya tempot pertukaran rasmi pemain, pasukan Comlpexity kini tidak lagi layak menerima keputan ke kejohanan The International 2018 dan pusingan kelayakan tertutup kejohanan itu. Mereka kini terpaksa melalui pusingan kelayakan terbuka untuk menyertai kejohanan itu.

Leave a Comment