ESL One Birmingham – Kejohanan Dota 2 Bertaraf Major Kedua Terakhir Musim Ini Diumumkan

United Kingdom. Untuk pertama kalinya, sebuah kejohanan Dota 2 bertaraf major akan diadakan di negara tersebut. ESL One Birmingham diumumkan secara rasmi oleh ESL semalam dan akan dilangsungkan pada bulan May ini sebagai major keduua terkahir pada musim  ini.

ESL One Birmingham akan diadakan di Arena Birmingham pada 23 sehingga 27 May kelak melibatkan 12 pasukan terbaik dari seluruh dunia. Ia  bakal menawaran hadiah sebesar USD1,000,000 dan 1500 mata kelayakan DPC.

Enam pasukan akan menerima jemputan terus ke kejohanan ini dan dilengkapkan lagi dengan 6 pasukan dari pusingan kelayakan di rantau rantau utama. Senarai personaliti yang terlibat pada kejohanan kali ini pula akan diumumkan pada kemudian hari.

Baca Juga :   Mineski Bawa Pulang Gelaran Juara Major Pertama Untuk Pasukan Dari Asia Tenggara - Juarai DAC 2018

Layari : ESL One Birmingham 2018

Leave a Comment

%d bloggers like this: