Virtus Pro Sah Tempat Di Kejohanan The International 2018 – Juarai Kejohanan The Bucharest Major

Juara dua major berturut turut. Pasukan Virtus.Pro meneruskan penguasaan mereka apabila menjuarai kejohanan Dota 2 The Bucharest Major menewaskan pasukan VGJ.Thunder.

Ini merupakan gelaran juara major ketiga diperoleh pasukan itu pada musim kompetitif kali ini. Pada perlawanan akhir didalam format terbaik dari 5 siri perlawanan itu, Virtus Pro langsung tidak memberi peluang kepada pasukan VGJ.Thunder dan menamatkannya dengan keputusan bersih 3-0.

Ketiga tiga siri perlawanan juga berlangsung pantas dan hanya mengambil masa kurang dariapda 31 minit. Sebagai juara, Virtus.Pro memperoleh 750 mata kelayakan DPC, menjadikan mereka pasukan pertama yang mengesahkan tempat di kejohanan The International 2018 kelak selepas jumlah mata terkumpul mereka melepasi jumlah minimum yang diperlukan bagi memperoleh jemptusan terus ke kejohanan itu.

Baca Juga :   Epicenter XL Diumumkan - Kejohanan Dota 2 Bertaraf Major Di Rusia

Virtus.Pro juga membawa pulang hadiah sebesar USD500,000 (~RM1.9 Juta) sebagai juara kejohanan. VGJ.Thunder pula membawa pulang 450  mata kelayakan DPC menjadikan mereka kini di tangga ke-6 didalam papan pendahulu DPC dan hadiah wang sebanyak USD200,000 (~RM780,000).

Foto : PGL 

  

Leave a Comment

%d bloggers like this: