Inflame Kembali Bermain Bersama LGD.Forever Young Menggantikan Ohaiyo

Prestasi pasukan LGD Forever Young yang merudum selepas tamatnya kejohanan The International 2017 nampaknya masih tidak berkesudahan apabila pasukan itu sekali lagi melakukan perubahan dengan mengambil semua bekas pemain offlane mereka iaitu He “Inflame” Yongzheng mengantikan Khoo “Ohaiyo” Chong Xin.

Dengan melakukan perubahan pemain diluar tetingkap pertukaran pemain ini, pasukan itu juga kini secara rasminya tidak lagi layak menerima jemputan ke kejohanan The International 2018 dan perlu melalui pusingan kelayakan terbuka.

Baca Juga :   QO Mengundur Diri Dari Pasukan Immortals - Umum Akan Berehat Dari Bermain Dota 2

Pada ketika ini, pihak LGD.FY mahupun Ohaiyo masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan pertukaran pemain ini. Peluang Ohaiyo untuk kembali semula ke kejohanan The International kini semakin tipis terutamanya semenjak beliau digantikan oleh Universe di pasukan Fnatic awal  tahun lalu.

Beliau kini perlu mencari pasukan baharu dan turut sama perlu melalui pusingan kelayakan terbuka bagi mendapat peluang bermain di pentas utama kejohanan The International.

LGD.Forever Young

  1. Monet
  2. Super
  3. Inflame
  4. Yao
  5. Ahfu

Leave a Comment