Dota Plus Diperkenalkan Secara Rasmi – Sistem Langganan Bulanan Mengantikan Battlepass

Selepas mematikan pemadan pemain (matchmaking) untuk beberapa jam bagi memperkenalkan sesuatu semalam, Valve kini secara rasminya memperkenalkan Dota Plus, sebuah sistem langganan bulanan bagi mengantikan Battlepass. 

Dengan harga USD3.99 (~RM15.58) sebulan, langganan ini akan memberikan pemain pengalaman bermain yang lebih baik dengan pelbagai fungsi baharu diperkenalkan seperti perkembangan hero, pembantu peribadi, piala mingguan percuma.

Langganan ini juga boleh dibeli secara terus untuk 6 atau 12 bulan dengan 6% diskaun bagi 6 bulan dan 12% diskaun bagi langganan 12 bulan. Perkara pertama yang ditawarkan adalah perkembangan hero. Dengan bermain sesebuah hero, pemain kini boleh mengumpul mata pengalaman (XP) yang akan memberikan ganjaran khas di setiap tahap.

Setiap tahap akan memberikan pemain Reward Shard dan pada tahap baharu, pemain akan memeroleh lencana khas dan respon adio hero khas yang boleh digunakan semasa bermain.

Baca Juga :   The International 2018 Battlepass Kini Hadir - Hijau Zamrud Jadi Tema Utama

Reward Shard juga boleh digunakan bagi membeli set set kosmetik khas yang hanya boleh dibeli oleh pengguna Dota Plus. Dota Plus juga membawakan pembantu khas kepada pembelinya.

Pembantu ini akan mengesyorkan pemain didalam masa-nyata tentang segalanya semasa bermain. Semasa draft mahupuun ketika bermain, pembantu ini akan terus membantu anda memilih item, abiliti mengikut hero dan sebarang perubahan yang dilakukan oleh pemain.

Pertandingan mingguan Battle Cup juga kini kembali secara rasminya. Walaupun ia boleh disertai oleh semua orang termasuk pemain yang tidak melanggan Dota Plus, pemilik Dota Plus boleh menyertainya secara percuma. Pelanggan Dota Plus juga akan memperoleh peta bermusim secara percuma. 

Layari : Dota Plus

Leave a Comment