Black^, KyXy, Brayant Barisi Skuad Baharu 1437, TNC Tigers?

Awal minggu lalu, bekas kapten pasukan TNC Pro Team, Sivatheeban “1437” Sivanathapillai telah mnegumumkan penubuhan sebuah pasukan baharu di bawah organisasi yang sama iaitu TNC Tiger.

Tidak banyak didedahkan kepada umum mengenai pasukan tersebut melainkan ianya akan berpengkalan di Malaysia dan akan dibarisi oleh pemain pemain dari negara yang berbeza.

Kini, menerusi sebuah perlawanan di pusingan kelayakan kejohanan SL I-League Invitational, 1437 dilihat telah bermain bersama sama dengan beberapa nama yang tidak asing lagi di arena Dota 2 Asia Tenggara iaitu KyXy, Brayant dan Black^.

Baca Juga :   Team Secret Juarai Kejohanan Minor Captains Draft 4.0 Menewaskan Pasukan Vici Gaming

Melengkapkan pasukan itu adalah pemain pubstar daripada Vietnam iaitu btn1419. Brayant yang sebelum ini bermain bersama sama dengan pasukan Fire Dragoon juga dilihat tidak menyertai pasukan itu bertanding di kejohanan WESG di China, menguatkan lagi kemungkinan beliau akan menyertai pasukan TNC Tiger ini secara rasminya.

Apa apa pun, sama sama kita nantikan pengumuman rasmi barisan pemain pasukan TNC Tiger ini tidak lama lagi.

Leave a Comment

%d bloggers like this: