PUBG Dedah Perancangan Tahun 2018 – Peta, Senjata, Emote, Kenderaan Baharu Dan Banyak Lagi

Pembangun permainan Battle Royale popular, PlayerUnknown’s Battlegrounds kini telah mendedahkan perancangan mereka bagi tahun 2018 ini. Mereka kini bercadang untuk mengadakan kemaskini besar setiap dua bulan bagi memperkenalkan kandungan baharu dan mengemaskini permainan itu.

Mereka juga akan mewujudkan sebuah pelayan ujian experimen khas bagi mendapatkan maklumbalas pemain dengan lebih pantas. Penambahan pelayan ini  juga akan membantu pemain memberikan input yang akan mempengaruhi tentang perubahan yang akan dilakukan pada masa masa mendatang.

Pada bulan hadapan, sebuah peta baharu 4x4km akan ditambah kedalam permainan ini. Peta yang lebih kecil ini akan memberikan pengalaman bermain yang lebih pantas dan tegang. Dalam pada masa yang sama, sebuah lagi peta 8x8km juga sedang dibangunkan pada ketika ini.

Dalam masa terdekat ini juga, PUBG akan mulai menguji sistem Emote bagi membolehkan pemain memberikan reaksi ketika bermain. Pasukan pembangun juga sedang merancang mod permainan baharu bagi memberikan lebih banyak kepelbagaian di dalam permainan ini. Namun begitu, ia masih diperingkat awal dan belum lagi sedia untuk dikongsikan kepada umum.

Senjata dan kenderaan baharu juga akan ditambah ke dalam permainan dan dijangka hadir sebelum pertengahan tahun ini. PUBG juga sedia menguji sistem pencapaian (achievement), senarai rakan di dalam permainan, dan chat bersuara berpasukan di menu utama permainan.

Baca Juga :   Ninjas in Pyjamas Tiba Di Erangel - Tandatangani Pasukan PUBG

Ujian ujian lain seperti penembusan peluru pada anggota tubuh dan kenderaan ( limb and vehicle bullet penetration) juga akan diadakan kelak. Kemaskini animasi, bunyi, pergerakan juga akan ditambah baik pada tahun ini.

PUBG juga akan memperkenalkan PUBG Developer Portal pada tahun ini. Portal ini akan mengandungi nota kemaskini, blog pembangunan dan API pembangun. API ini akan memberikan data tentang pemain, perlawanan yang penting kepada pemain terutamanya kepada pemain kompetitif.

Akhir sekali, pasukan pembangun juga menegaskan bahawa mereka mempunyai banyak lagi perancangan bagi tahun 2018 ini, namun ianya masih lagi belum boleh dikongsikan kepada umum. Mereka yakin bahawa tahun 2018 ini akan menjadi tahun yang baik bagi mereka dalam usaha mereka menambah baik permainan PUBG.

Leave a Comment

%d bloggers like this: