1437 Umum Penubuhan TNC Tiger – Pasukan Asia Tenggara Baharu Dibarisi Pemain Pemain Antarabangsa

Bekas ketua pasukan TNC Pro Team, Sivatheeban “1437” Sivanathapillai semalam mengacahkan mengenai pasukan terbaru beliau iaitu TNC Tiger. Masih lagi di bawah organisasi TNC, pasukan ini akan berpengkalan di Malaysia.

Tidak banyak maklumat didedahkan pada  ketika ini melainkan ia bakal dibarisi oleh gabungan pemain pemain antarabangsa. Menurut Theeban, maklumat lanjut mengenai pasukan baharu ini akan didedahkan pada hari hari mendatang.

Baca Juga :   WarriorsGaming.Unity Kembali - Umum Barisan Pemain Baharu Untuk Dota 2

Penubuhan pasukan ini sekali lagi menguatkan trend pemain pemain diluar rantau Asia Tenggara yang berhijrah untuk menyertai pasukan pasukan tempatan. Ini menyebabkan persaingan di rantau ini semakin sengit dengan pelbagai pasukan dibarisi pemain pemain berkemahiran tinggi.

Leave a Comment

%d bloggers like this: