LCM Hukum FG.Eyebrows & GF.Shiny Akibat Kelakuan Buruk Semasa Bermain

Pada awal Februari lalu, pemain bagi pasukan Fantastic Gaming, Chan ‘Eyebrows’ Zhi Chong dan pemain pasukan Geek Fam, Tam ‘ShINy’ See Kheing telah menerima pengantungan akaun diluar permainan kompetitif.

Justeru itu, pegawai rasmi League of Legends Championship Malaysia (LCM) telah mengadakan siasatan bagi mengesan punca pengantungan tersebut. Usai penyiasatan tersebut selesai, kedua dua pemain tersebut didapati sering meninggalkan permainan dan banyak menerima laporan berkelakuan buruk semasa bermain permainan awam (Pub games).

Oleh kerana insiden ini berlangsung semasa musim kompetitif berjalan, LCM mengambil keputusan untuk menghukum kedua dua orang pemain tersebut kerana mereka sebagai pemain profesional mencerminkan standard liga kompetitif negara ini.

Baca Juga :   Royal Never Give Up Julang Piala Mid Season Invitational 2018

Kedua dua orang pemain didenda pengantungan sebuah siri perlawanan peringkat kumpulan yang meliputi dua buah perlawanan keseluruhannya (BO2). LCM menyatakan bahawa mereka memandang serius mengenai perkara ini dan percaya bahawa sikap profesionalisma semua pihak harus dipraktikan bagi membawa liga tempatan ke standard yang lebih tinggi.

Leave a Comment