Bersempena Dengan Hari Kekasih, Kemaskini Terbaru Dota 2 Membenarkan Anda Mencuri Hati Roshan

Tiada kekasih dan terpaksa menyambut hari kekasih dengan bermain Dota? Jangan risau kerana bersempena dengan hari kekasih yang disambut pada 14 Februari di seluruh dunia, pasukan pembangun permainan Dota 2 telah mengeluarkan kemaskini khusus yang membenarkan anda mencuri hati Roshan.

Pada kemaskini terbaru ini, elemen dan efek khas bertemakan hari kekasih telah ditambah ke dalam permainan Dota  2. Roshan kini mempunyai efek partikel khas semasa menyerang mereka yang menggangunya. Efek tersebut mengeluarkan beberapa ikon hati berwarna merah jambu semasa ia menyerang.

Baca Juga :   Ehome Dilarang Sertai ACE (Association for Chinese Esports)

Selepas anda menewaskan Roshan pula, pemain kini boleh memiliki Aegis berbentuk hati. Efek yang sama turut dipaparkan pada inventori pemain yang mengambil Agies tersebut. Kini anda tidak lagi sendirian dan mampu mencuri hati Roshan. 

Leave a Comment