Liga Overwatch Musim Kedua – Lebih Banyak Pasukan Terutamanya Dari Eropah Dan Asia, Belian Masuk Mencecah USD60 Juta?

Liga Overwatch sedang berlangsung meriah di Blizzard Arena, Los Angeles ketika ini. 12 pasukan bertarung pada liga tersebut dengan pasukan London Spitfire memperoleh gelaran juara tahap pertama yang berlansung pada 11 Januari sehingga 12 Februari lalu.

Baca : Segalanya Tentang Musim Pertama Liga Overwatch

Liga Overwatch boleh dikatakan berjaya menepis sebarang pandangan skeptikal orang ramai yang menyatakan bahawa liga tersebut akan gagal sebelum ini. Kini, menerusi laporan suku keempat Activision Blizzard yang diadakan hujung minggu lalu, syarikat tersebut mengesahkan rancangan mereka mengembangkan lagi liga tersebut pada musim kedua kelak.

Blizzard mengesahkan mereka mahu menambah lebih banyak lagi pasukan bagi musim kedua kelak dengan memfokuskan pada pasukan dari Eropah dan Asia. Selain daripada itu, dengan berjayanya liga tersebut setakat ini, jumlah harga belian masuk Liga Overwatch juga diura urakan akan meningkat berbanding pada musim pertama ini.

Baca Juga :   Boston Uprising Adalah Nama Pasukan Ke-5 Liga Overwatch Yang Telah Didedahkan

As @JacobNWolf reports, the main targets of expansion are Europe and Asia. Won’t matter too much as 4 new teams trying to win will be 48 Korean players.

— Rod Breslau (@Slasher) February 8, 2018

Untuk musim pertama, harga belian masuk Liga Overwatch dikatakan mencecah USD20 Juta. Harga tersebut merisaukan ramai pihak kerana ia dua kali ganda lebih mahal berbanding dengan harga belian masuk francais LCS permainan League if Legends.

Mengikut laporan ESPN, harga tersebut mungkin meningkat dengan harga belian masuk minimum USD35 juta. Mengikut laporan yang sama juga, harga tersebut tidak mustahil mampu mencecah angka USD60 juta, tiga kali ganda lebih banyak dari musim pertama. 

Leave a Comment

%d bloggers like this: