Sebuah Lagi Kejohanan Bertaraf Major Untuk Mineski – Layakkan Diri Ke Epicenter XL

Pasukan Mineski meneruskan penguasaan mereka di rantau Asia Tenggara apabila sekali lagi melayakkan diri ke kejohanan Dota 2 bertaraf major, kali di kejohanan Epicenter XL yang bakal berlangsung pada bulan Mei ini.

Pada perlawanan akhir peringkat kelayakan rantau Asia Tenggara tersebut, pasukan itu bertemu dengan pasukan TNC Pro Team. Pasukan TNC mempamerkan persembahan cemerlang pada awal hari ini menewaskan pasukan Fnatic dengan keputusan 2-0 namun gagal membawa momentum tersebut apabila gagal menewaskan pasukan Mineski.

Perlawanan akhir tersebut berakhir dengan keputusan 2-0 memihak kepada pasukan Mineski. Mineski akan menyertai Virtus.Pro, Team Secret, Newbee, Team Liquid, NaVi dan 6 lagi pasukan dari pusingan kelayakan lainnya bertanding di VTB Ice Palace, Moscow pada bulan Mei kelak.

Baca Juga :   Inflame Kembali Bermain Bersama LGD.Forever Young Menggantikan Ohaiyo

Sebagai kejohanan tertaraf major, Epicenter XL akan menawarkan hadiah sebesar USD1,000,000 dan 1500 mata kelayakan DPC. Mineski pada ketika ini berada di tangga ke-6 pada papan pendahulu DPC dengan 900 mata.

Leave a Comment

%d bloggers like this: