Pek Muzik Magic Sticks of Dynamite Dari Kumpulan Awolnation Kini Hadir Untuk Dota 2

Dota 2 hari ini memperkenalkan sebuah pek muzik baharu daripada band Awolnation yang dinamakan sebagai Magic Sticks of Dynamite. Bersama sama dengan pek muzik ini, sebuah video muzik turut sama dicipta dan dimuat-naik ke laman Youtube.

Video animasi ini dihasilkan oleh Red Bull Records dan direka oleh pemenang tiga kali pertandingan Filem Pendek Dota 2 iaitu MaxOfS2D. Video muzik ini memperlihatkan beberapa hero dari permainan Dota 2 menyanyikan lagu tersebut di bar The Sundered Moon.

Baca Juga :   VGJ.Strom Tewaskan Keen Gaming Di Perlawanan Akhir GESC Thailand Minor

Pek muzik ini boleh dibeli di dalam kedai atas talian Dota 2 di dalam klien permainan itu.

Leave a Comment