Geguri Jadi Pemain Wanita Profesional Pertama di Liga Overwatch? Dilaporkan Bakal Sertai Shanghai Dragons

Liga Overwatch dilaporkan bakal mendapat pemain wanita pertama mereka mengikut laporan daripada ESPN.  Kim “Geguri” Se-yeon, pemain Overwatch yang berasal dari Korea Selatan dikatakan bakal memyertai pasukan Shanghai Dragons tidak lama lagi.

Beliau bersama dengan dua lagi pemain dari Korea Selatan, Lee “Fearless” Eui-seok dari pasukan Mystic Elements dan Cheon “Ado” Ki-hyun dari pasukan MVP Space dilaporkan bakal menyertai pasukan Shanghai Dragons yang pada ketika ini masih gagal menyerlah di Liga Overwatch.

Baca Juga :   Atlanta, Paris dan Guangzhou Dilaporkan Sah Akan Menyertai Liga Overwatch Musim Kedua

Geguri sebelum ini menjadi pemain wanita pertama bermain di kejohanan Overwatch profesional dengan menyertai kejohanan OGN Overwatch Apex bersama sama dengan pasukan Rox Orcas.

Leave a Comment

%d bloggers like this: