Ohaiyo Sertai Rakan Senegara Ah Fu di LGD.Forever Young

Bekas pemain Fnatic, Khoo “Ohaiyo” Chong Xin kini disahkan bakal menyertai rakan senegara beliau, Tue “ah fu” Soon Chuan di dalam pasukan LGD.Forever Young (LFY) di China.

Pasukan tersebut mempamerkan aksi cemerlang di kejohanan The International 2017 dengan memperoleh tempat ketiga. Namun begitu, presati mereka selepas kejohanan tersebut agak merudum dan tidak banyak kejayaan diperoleh mereka.

Ohaiyo akan mengantikan He “InFlame” Yongzheng sebagai pemain offlane baharu pasukan itu. Penyertaan Ohaiyo ini juga menutup ura ura beliau bakal menyertai pasukan Royal Never Give Up yang tersebar sebelum ini. Super yang seelum ini ditukar dengan OP juga telah kembali ke pasukan ini.

Baca Juga :   Evil Geniuses Juara The Manila Masters 2017

Melengkapkan pasukan tersebut adalah Monet di posisi 1, Ah Fu yang kini akan bermain di posisi 5 dan Yao yang akan bermain di posisi 4. BErikut merupakan senarai lengkap pemain pasukan LGD.Forever Young:

  1. Du “Monet” Peng
  2. Xie “Super” Junhao
  3. Khoo “Ohaiyo” Chong Xin
  4. Yao “Yao” Zhengzheng
  5. Tue “Ah Fu” Soon Chuan

Leave a Comment

%d bloggers like this: