Icefrog Umum Perubahan Terhadap Corak Kemaskini Dilakukan – Kini Setiap Dua Minggu

Ketua pembangunan permainan Dota 2, Icefrog menerusi akaun Twitter beliau hari ini mengumumkan perubahan terhadap kemaskini permainan tersebut dimana ia kini tidak lagi akan diadakan di dalam besar besaran tetapi secara sedikit demi sedikit setiap dua minggu.

Sebelum ini, kemaskini dilakukan beberapa kali setahun dan ia melibatkan perubahan yang banyak terutamanya terhadap corak permainan setiap kali ia berlangsung. Kini, setiap dua minngu pada hari Khamis, kemaskini kecil akan diberikan bagi mencuba pendekatan baru dan kesannya terhadap corak permainan. Corak kemaskini baharu ini akan diuji selama 6 bulan sebelum ia dinilai semula.

Baca Juga :   Steam Akan Membenarkan Pengguna Bermainan Permainan Terus Pada Telefon Pintar Menerusi Aplikasi Baharu Percuma

Valve juga akan menambah ciri baharu pada klien permainan bagi membolehkan pemain mengetahui sebarang perubahan terbaru yang telah dilakukan terhadap permainan tersebut.

We want to try taking a different approach to how gameplay patches are released. Instead of big patches a couple of times a year, we’ll be releasing small patches every 2 weeks on Thursdays. We’ll be trying this out for about six months and then reevaluating.

— IceFrog (@IceFrog) February 1, 2018

Leave a Comment

%d bloggers like this: