Persatuan E-sukan Varsiti Malaysia Umum Senarai Barisan Jawatankuasa Bagi Penggal Sulung Mereka

Persatuan E-sukan Varsiti (Varsity Esports Association) Malaysia secara rasminya telah mengumumkan senarai ahli jawatankuasa persatuan tersebut selepas selesainya proses pemilihan yang dilakukan menerusi undian pilihanraya.

Abdul Halim daripada Universiti Taylor (Kampus Lakeside) telah terpilih sebagai presiden bagi mengetuai persatuan tersebut bagi terma pertamanya semenjak ia ditubuhkan. Beliau akan dibantu oleh Ong Yixian dari Universiti Sunway yang memegang jawatan naib presiden persatuan.

Berikut merupakan senarai penuh ahli jawatan kuasa Persatuan E-sukan Varsiti Malaysia :

  • Presiden : Abdul Halim (Universiti Taylor – Kampus Lakeside)
  • Naib Presiden : Ong Yixian (Universiti Sunway)
  • Setiausaha : Mikail Saufi Bin Mohd Saodi (Unisel)
  • Naib-Setiausaha : Garvin Yap Khin Hiung (Lim Kok Wing Institute of Creative Technology)
  • Bendahari : Lim Jesson (Universiti Taylor – Kampus Lakeside)
  • Pemasaran dan Hubungan Awam : Farul Rafiq bin Nordin (Universiti Malaysia Sabah)
  • AJK : Loh Zhun Keat (Taylor’s University Lakeside)
  • AJK : Wong Jun Hao (Universiti Multimedia Melaka)
  • AJK : Muhammad Nafis Bin Noor Hisham (Uniten KSHAS)
  • AJK : Muhammad Izaiddin Bin Hassan (UiTM Melaka – Kampus Jasin)
  • AJK : Jonathan Chung (i-CATS, Sarawak)
  • AJK : Mohammad Fitri (Uniten)
  • AJK : Cham Yee Zhe (Universiti Asia Pasifik)
Baca Juga :   Esports Malaysia Cari Pemain Untuk Wakili Negara Di China Esports Games 2018

Persatuan E-sukan Varsiti (Varsity Esports Association) ditubuhkan pada penghujung tahun 2017 dibawah Esports Malaysia bagi menjadi platform yang menyatukan kelab kelab e-sukan di universiti dan kolej seluruh negara.

Ia juga memudahkan kelab kelab dibawahnya bekerjasama diantara mereka, membantu mereka mereka dalam segala hal dan aktiviti berkaitan dengan e-sukan di universiti dan kolej mereka dan menjadi orang tengah bagi memudahkan kerjasama dengan syarikat pihak ketiga bagi tujuan pengiklanan mahupun tajaan.

Penubuhan persatuan ini dilihat mampu memberikan perkembangan positif arena e-sukan negara terutamanya golongan remaja dan pelajar universiti yang merupakan golongan sasaran industri e-sukan. E-sukan kini bukanlah hanya hobi yang sia sia yang hanya membuang masa namun merupakan salah satu industri paling pantas berkembang di dunia.

Dengan tertubuhnya persatuan ini, para pelajar universiti seluruh negara kini boleh saling menyokong dan membantu menganjurkan aktiviti e-sukan sesama mereka. Diharap agar lebih banyak universiti seluruh negara akan menubuhkan kelab e-sukan masing masing dan memeriahkan lagi arena e-sukan negara kita.

Leave a Comment

%d bloggers like this: