Dendam Terbalas – Newbee Juarai ESL One Genting Menewaskan Team Liquid

Selepas dikecewakan oleh Team Liquid pada perlawanan akhir kejohanan The International 2017 dengan keputusan 3-0, Newbee kini mampu tersenyum apabila berjaya membalas dendam menewaskan Liquid pada perlawanan akhir kejohanan ESL One Genting.

Pada perlawanan akhir kejohanan bertaraf minor ini, kedua dua pasukan mempersembahkan prestasi cemerlang memaksa kelima lima perlawanan dimainkan. Namun begitu, perlawanan sengit ini akhirnya memihak kepada pasukan Newbee yang akhirnya memastikan dendam mereka terbalas.

Baca Juga :   Disney Jalin Kerjasama Dengan ESL - Akan Siar Permainan Vainglory, Street Fighter V Pada Saluran Disney XD

Sebagai juara keseluruhan, pasukan Newbee membawa pulang trofi kejohanan, wang sebanyak USD160,000 (~RM618,000) dan 200 mata kelayakan DPC. Pasukan Liquid pula membawa pulang USD80,000 (~RM309,000) dan 120 mata kelayakan DPC.

Selain daripada dendam yang terbalas, kejuaraan ini berjaya diperoleh pasukan Newbee pada hari ke-500 mereka bermain bersama menjadikannya lebih istimewa kepada pasukan itu.

Leave a Comment

%d bloggers like this: