Syarikat Penerbangan AirAsia Umum Kerjasama Dengan Pasukan Dota 2 Mineski

Foto : AirAsia / Mineski Dota

AirAsia meluaskan penglibatan mereka di dalam arena e-sukan apabila kini mengumumkan kerjasama dengan pasukan Dota 2 Mineski yang berpengkalan di Malaysia.

Pengumuman tersebut telah diadakan di sidang media yang di adakan di Genting Highlands bersempena dengan kejohanan ESL One Genting yang sedang berlangsung pada ketika ini. Kerjasama ini adalah selama setahun dan kedua dua pihak akan berkolaborasi dalam pelbagai perkara sepanjang tahun ini. 

Syarikat penerbangan tersebut memulakan penglibatan mereka di dalam arena e-sukan tempatan dengan menubuhan kelab e-sukan mereka tersendiri yang dinamakan sebagai AirAsia Allstars Esports Club pada bulan Jun 2017 lalu.

Baca Juga :   Mineski Juarai Kejohanan Minor Kedua - PGL Open Bucharest 2017

Selepas menubuhkan kelab tersebut, AirAsia aktif menyertai acara acara e-sukan tempatan dan menghantar pasukan bertanding di kejohanan kejohanan yang diadakan di Malaysia.

Penglibatan syarikat korporat seperti AirAsia di dalam e-sukan ini adalah sebuah perkembangan positif terutamanya kepada arena e-sukan negara Malaysia dan Asia Tenggara secara keseluruhannya.

Leave a Comment

%d bloggers like this: