Royal Never Give Up Dikhabarkan Bakal Menubuhkan Pasukan Dota 2 Yang Dibarisi Oleh Ohaiyo

Royal Never Give Up, organisasi e-sukan dari China yang terkenal dengan pasukan League of Legends mereka dikhabarkan bakal menubuhkan sebuah pasukan Dota 2. 

Perkara tersebut kemudiannya disahkan menerusi laman weibo organisasi tersebut. Namun begitu, barisan pemain pasukan berkenaan masih lagi belum didedahkan. Khabar angin menyatakan bahawa bekas pemain Fnatic, Khoo “Ohaiyo” Chong Xin bakal membarisi pasukan serba baharu tersebut bersama sama dengan Yao “Yao” Zhengzheng dan Yang “GazEod/END” Pu.

Baca Juga :   Ohaiyo Sertai Rakan Senegara Ah Fu di LGD.Forever Young

RNG merupakan salah sebuah organisasi terbaik di dalam permainan League of Legends pada ketika ini. Pasukan tersebut mengakhiri musim kompetitif tahun lalu dengan memperoleh tempat ke-3/4 pada kejohanan Worlds 2017.

Sumber : VPesports

Leave a Comment

%d bloggers like this: