Fire Dragoon Tutup Divisyen Overwatch – Bakal Teroka Arena Kompetitif Permainan Mudah Alih

Foto : Pasukan Overwatch Fire Dragoon

Fire Dragoon, salah sebuah organisasi e-sukan yang semakin meningkat naik di Malaysia, semalam mengumumkan bahawa organisasi tersebut telah mengambil keputusan untuk membubarkan divisyen Overwatch mereka.

Keputusan ini diambil selepas mengambil kira beberapa faktor terutamanya selepas mendapati bahawa arena e-sukan Overwatch di negara ini dan di Asia Tenggara masih berada di tahap yang rendah dan tidak membangun dengan pesat seperti yang diharapkan.

Dengan penutupan divisyen Overwatch ini, Fire Dragoon telah melepaskan kesemua pemain pasukan Overwatch mereka. Fire Dragoon kini akan menggunakan dana yang sebelum ini disediakan untuk pasukan Overwatch bagi meneroka dan membangunkan divisyen baharu iaitu divisyen permainan mudah alih.

Baca Juga :   Skuad CSGO, FIFA 18 dan League of Legends Fire Dragoon Turut Sama Berpindah Sertai FrostFire

Ini adalah haluan yang dipilih organisasi tersebut selepas melihat perkembangan arena kompetitif permainan mudah alih yang pesat membangun di Asia Tenggara terutamanya bagi permainan Mobile Legends dan Arena of Valor.

Fire Dragoon bagaimanapun menyatakan bahawa mereka akan kembali ke arena kompetitif Overwatch seandainya ia membangun dengan lebih baik pada masa akan datang.

Sumber : Fire Dragoon

Leave a Comment