Keputusan ESL Siar ESL One Genting Menerusi Facebook Live Secara Eksklusif Terima Kecaman Komuniti

Hari pertama peringkat kumpulan kejohanan ESL One Genting bermula semalam memperlihatkan pasukan Secret dan Virtus.Pro menguasai perlawanan mereka dan menjadi dua pasukan pertama berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir juara (winner’s final) bagi kumpulan A.

Namun begitu, sebuah isu telah berbangkit semalam apabila ramai  penonton meluahkan perasaan tidak bersetuju mereka dengan keputusan ESL menggunakan laman Facebook Live sebagai rakan penstriman eksklusif.

ESL baru baru ini menandatangani perjanjian dengan Facebook yang menyaksikan laman media sosial ternama tersebut memperoleh hak penyiaran ekslusif bagi acara ESL One dan CS:GO Pro League. Setelah bermulanya kejohanan ESL One Genting semalam, laman reddit r/dota2 dibanjiri dengan rungutan pelbagai pihak tentang keputusan ESL menggunakan laman Facebook tersebut.

You know you fucked up when people are choosing this over the main stream from r/DotA2

I love watching pro DOTA. But ESL, you made it hard me. Here’s some honest criticism. from r/DotA2

Antara rungutan utama adalah pengalaman menonton yang amat tidak baik memaksa para penonton mencari strim alternatif lain. Terdapat juga penonton yang merungut tentang tindakan Facebook yang sering kali memberikan peringatan agar penonton mendaftar masuk ke dalam laman web tersebut. Sebilangan penonton juga gagal menggunakan laman tersebut terutamanya mereka yang menggunakan peranti pintar.

Baca Juga :   Intel Bekerjasama Dengan ESL - Umum The Intel Grand Slam Untuk CSGO Dengan Hadiah 1 Juta Dolar

Hal ini menyebabkan ramai penonton mengambil keputusan untuk menonton strim tidak rasmi di laman Twitch. Dua personaliti Dota 2 popular, Peter ‘PPD’ Dager dan Henrik “AdmiralBulldog” Ahnberg yang melakukan ulasan tidak rasmi bagi perlawanan perlawanan yang berlangsung semalam memperoleh hamppir 20,000 orang penonton berbanding dengan strim rasmi di laman Facebook yang menerima jumlah penonton kurang 3,000 orang.

Isu ini juga berpanjangan selepas personaliti Dota 2 lainnya termasuk dari pihak penganjur saling berbalah di laman Twitter menegakkan pegangan masing masing. 

Here is how many Dota tournaments there are going to be in the future if noone is taking money for broadcast rights anymore: Exactly one (The International). Having your cake and eating it too never works.

— Ulrich Schulze (@theflyingdj) January 23, 2018

I’m not happy about it, but I feel obligated to point out that broadcast rights are THE largest source of economic rents for nearly EVERY professional or major competitive sports league around the world. Esports is not different just “because we’re esports”.

— Nahaz (@NahazDota) January 23, 2018

Leave a Comment

%d bloggers like this: